
KOTA TINGGI, 19 Oktober – Tiga wanita tempatan berusia 22 hingga 23 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat kes pemalsuan sijil cuti sakit di sini, pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
- Penahanan susulan laporan pegawai perubatan klinik yang mengesan sijil cuti sakit yang diserahkan didapati palsu.
- Semakan mendapati seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
- Suspek direman empat hari sementara kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata ketiga-tiga suspek ditahan, susulan laporan dibuat seorang pegawai perubatan klinik selepas mengesan sijil cuti sakit yang diserahkan oleh seorang individu didapati palsu.
“Semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Ketiga-tiga suspek direman empat hari hingga 22 Oktober,” tegasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.