AGC fail rayuan sekali lagi selepas Papagomo dibebaskan Mahkamah Sesyen

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo/Foto Fail

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk memfailkan rayuan selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sekali lagi membebaskan pempengaruh media sosial, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen 3 September yang membebaskan tertuduh pada akhir kes pendakwaan.
  • Rayuan dihantar ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2025.
  • Mahkamah Tinggi pada 31 Julai 2026 membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan perintahkan tertuduh membela diri selepas prima facie.
  • Tertuduh memberi keterangan bersumpah, mengaku mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan serta hanya mengemukakan pembelaan berbentuk penafian.

Dalam satu kenyataan, AGC mendakwa rayuan telah dibuat terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 3 September tahun lalu yang telah membebaskan tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

Menurutnya, rayuan telah difailkan terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2025.

Kenyataan itu juga menyebut, pada 31 Julai 2026 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan rayuan Pendakwa Raya selain memerintahkan tertuduh membela diri setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut secara prima facie.

“Tertuduh kemudian telah mengemukakan pembelaan dengan memberi keterangan secara bersumpah di Mahkamah Sesyen yang sama.

“Tertuduh sebagai satu-satunya saksi pembelaan telah mengakui mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sepertimana dipertuduhkan dan hanya mengemukakan pembelaan berbentuk penafian semata-mata,” katanya.

Setelah meneliti keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, AGC memutuskan untuk memfailkan notis rayuan berkenaan dalam masa terdekat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.