Isu pengedaran dadah dekat IPD Sentul kejadian lama – Polis KL

Datuk Fadil Marsus

KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Dakwaan kes pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang dibangkitkan menerusi sebuah podcast tular di TikTok merupakan kejadian lama yang berlaku pada 12 Julai 2016.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hasil semakan mendapati kejadian itu telah menerima tiga laporan polis ketika ia berlaku.
  • Podcast TikTok berdurasi dua minit 30 saat adalah penceritaan semula pengalaman seorang tetamu dalam bidang kewartawanan.
  • Publisiti sebegitu tidak wajar kerana berpotensi menimbulkan persepsi negatif serta menjejaskan imej dan kredibiliti polis.
  • Polis mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan bertanggungjawab berkongsi maklumat; menegaskan komitmen memelihara integriti serta kepercayaan masyarakat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus menerusi satu kenyataan menegaskan, hasil semakan mendapati kejadian itu telahpun menerima tiga laporan polis ketika ia berlaku.

“Podcast berdurasi dua minit 30 saat yang dimuat naik menerusi satu akaun TikTok merupakan penceritaan semula pengalaman seorang tetamu dalam bidang kewartawanan ketika bertugas pada 2016,” jelasnya.

Tegas beliau, publisiti seumpama itu tidak wajar dilakukan kerana berpotensi menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap polis sekali gus menjejaskan imej dan kredibiliti pasukan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam berkongsi atau menyebarkan maklumat kepada umum.

“Polis turut menegaskan komitmennya untuk terus memelihara integriti serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” ujar beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.