MCMC turunkan imej hina Agong, sekat akaun di Threads

Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Oktober – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan menurunkan dan menyekat akaun terlibat dengan penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang disunting dengan unsur penghinaan di platform Threads.

RINGKASAN BERITA AI
  • MCMC telah menghubungi Meta dan akan meneruskan kerjasama dengan penyedia platform untuk tindakan selaras garis panduan komuniti dan peruntukan undang-undang.
  • Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti penghasil dan penyebar; tindakan lanjut mungkin diambil di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Orang ramai dinasihatkan tidak memuat naik atau menyebarkan semula kandungan itu; buat aduan melalui fungsi laporan Threads atau saluran rasmi PDRM.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya menghubungi Meta selaku penyedia platform itu.

Pada masa sama, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan menyebarkan imej berkenaan.

“Tindakan lanjut boleh diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” menurut kenyataan itu.

MCMC berkata, kerjasama dengan penyedia platform akan diteruskan bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan garis panduan komuniti dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik atau menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi mengelakkan penyebarannya terus meluas.

Aduan boleh dibuat melalui fungsi pelaporan di platform Threads atau saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.