Malaysia, Mesir bersatu tolak kekejaman terhadap Palestin

Foto RTM

PUTRAJAYA, 10 Oktober – Malaysia dan Mesir menegaskan pendirian bersama dalam menentang kekejaman terhadap rakyat Palestin serta komited membantu mereka yang terjejas akibat konflik berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar memuji peranan Mesir dalam menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan ke Palestin.
  • Kerjasama dua negara memudahkan penghantaran bantuan, meringankan penderitaan rakyat Palestin, khususnya di Gaza.
  • Malaysia mengakui sumbangannya tidak setanding Mesir, namun terus berusaha dengan sokongan pejabat Presiden Mesir.
  • Malaysia menyelaraskan rawatan pesakit Palestin cedera bersama pejabat Presiden dan pihak tentera Mesir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada Mesir atas peranan penting negara itu dalam menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Jelasnya, kerjasama erat antara kedua-dua negara telah memudahkan usaha penghantaran bantuan kemanusiaan berkenaan, sekali gus meringankan penderitaan rakyat Palestin, khususnya di Gaza.

“Saya berbesar hati untuk menyatakan bahawa Mesir turut membantu Malaysia dalam pelbagai usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan.

“Walaupun sumbangan Malaysia tidak setanding dengan usaha besar yang dilaksanakan Mesir, kami tetap berusaha memberikan bantuan dengan sokongan dan kerjasama daripada pihak Mesir, termasuk melalui pejabat Presiden sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Selain itu, ketika Mesir membawa masuk rakyat Palestin yang cedera dari Gaza untuk mendapatkan rawatan, Malaysia turut menyelaraskan usaha berkenaan dengan pejabat Presiden dan pihak tentera Mesir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.