Belanjawan 2027 perkukuh keupayaan imigresen

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Belanjawan MADANI 2027 memperkukuh keupayaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi pembinaan kuarters baharu dan pembangunan prasarana bagi meningkatkan kebajikan anggota serta mutu perkhidmatan kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembinaan kuarters di Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Papar menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan anggota penguat kuasa.
  • Kediaman lebih kondusif meningkatkan kesejahteraan anggota dan keluarga serta membantu pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan.
  • Kebajikan anggota dianggap asas kepada kesiapsiagaan dan keberkesanan organisasi penguatkuasaan.
  • Pembinaan Pejabat Imigresen Keningau dijangka menyediakan kemudahan lebih selesa dan melancarkan urusan masyarakat, serta JIM memberi kerjasama penuh pelaksanaan inisiatif.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pembinaan kuarters di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Depot Tahanan Imigresen Papar, Sabah mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan anggota penguat kuasa.

Menurut beliau, penyediaan kediaman yang lebih kondusif bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan anggota dan keluarga, malah membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

“Kebajikan anggota bukan sekadar soal penyediaan kemudahan, sebaliknya merupakan asas kepada kesiapsiagaan dan keberkesanan sesebuah organisasi penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JIM turut menyambut baik pembinaan Pejabat Imigresen Keningau, Sabah yang dijangka menyediakan kemudahan lebih selesa serta melancarkan urusan masyarakat setempat.

Beliau berkata, pembangunan itu merupakan pelaburan strategik yang mengambil kira keperluan anggota dan peningkatan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

JIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyelarasan pelaksanaan inisiatif berkenaan bagi memastikan manfaat yang disasarkan menerusi Belanjawan 2027 dapat direalisasikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.