Kerajaan terus tindakan perundangan, antarabangsa bagi pemulihan maksimum aset 1MDB

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diseleweng.

RINGKASAN BERITA AI
  • MOF: Usaha pemulihan aset penting untuk mengurangkan beban kewangan negara dan memastikan kepentingan rakyat terpelihara.
  • Kerajaan telah membayar RM42.5 bilion setakat 31 Ogos 2026 bagi prinsipal, faedah, kos guaman dan operasi.
  • Tanpa pemulihan dana tambahan, kerajaan masih perlu menanggung baki obligasi sebanyak RM20.1 bilion.
  • Aktiviti pemulihan terbesar melibatkan 1MDB, dengan kerajaan berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion setakat ini.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) usaha itu penting untuk mengurangkan beban kewangan negara dan memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara.

“Setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi menampung komitmen berkaitan 1MDB, merangkumi bayaran prinsipal, faedah, kos guaman dan operasi.

“Sekiranya tiada pemulihan dana tambahan pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki obligasi sebanyak RM20.1 bilion,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis.

Pernyataan MOF itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof yang ingin mengetahui langkah penambahbaikan susulan Laporan Audit Negara berhubung ketirisan dana awam, status terkini pemulihan aset negara berkaitan skandal kewangan besar serta pengurusan semula dana yang dipulihkan.

Berhubung status pemulihan aset dan mekanisme pengurusan semula dana berkaitan skandal kewangan, kementerian itu berkata aktiviti pemulihan terbesar pada masa ini melibatkan 1MDB.

“Kerajaan setakat ini telah berjaya mendapatkan semula dana pemulihan aset berjumlah RM31.3 bilion berkaitan 1MDB,” tambah jawapan bertulis tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.