
KOTA TINGGI, 1 Okober – Cubaan menipu kedai pajak gadai dengan memajak gelang emas palsu di Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor gagal selepas lima individu termasuk warga asing, ditahan Selasa lalu.
- Suspek berusia 34 hingga 62 tahun; tiga mempunyai rekod jenayah, termasuk penjualan emas palsu di Kedah.
- Pengurus kedai pajak gadai melaporkan menerima seutas gelang emas seberat 23 gram.
- Pemeriksaan mendapati gelang berkenaan adalah palsu.
- Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan; suspek direman tiga hari mengikut Seksyen 117.
Semua suspek berusia antara 34 hingga 62 tahun dengan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah, termasuk berkaitan penjualan emas palsu di Kedah.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan pengurus kedai pajak gadai, mendakwa menerima seutas gelang emas seberat 23 gram.
Pemeriksaan mendapati gelang emas berkenaan palsu.
Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Suspek juga direman selama tiga hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Polis percaya penahanan kelima-lima suspek dapat membantu siasatan terhadap beberapa kes berkaitan pemajakan atau penjualan emas palsu di sekitar Kota Tinggi.