Siaran F1 menerusi RTM luaskan akses rakyat

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai siaran langsung Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Siaran langsung membolehkan rakyat negara mengikuti kemeriahan F1 tanpa hadir ke litar.
  • Inisiatif memastikan acara sukan bertaraf dunia dapat dinikmati lebih meluas, termasuk yang tidak berkesempatan hadir.
  • Siaran berpotensi menyemarakkan minat terhadap sukan permotoran, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
  • KBS menghargai komitmen pihak berkaitan dan kerjasama Kementerian Komunikasi serta RTM merealisasikan siaran.

Perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober itu bakal memberi peluang kepada rakyat di seluruh negara mengikuti kemeriahan dan debaran saingan Formula 1 tanpa perlu hadir ke litar.

KBS dalam kenyataan memaklumkan inisiatif berkenaan memastikan penganjuran acara sukan bertaraf dunia itu dapat dinikmati secara lebih meluas, termasuk oleh mereka yang tidak berkesempatan hadir ke SIC.

Menurut KBS, siaran RTM itu turut berpotensi menyemarakkan minat rakyat terhadap sukan permotoran, khususnya dalam kalangan generasi muda, selain meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam penganjuran acara sukan antarabangsa di negara ini.

KBS turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas komitmen memastikan kemeriahan penganjuran Formula 1 dapat dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Penghargaan turut ditujukan kepada Kementerian Komunikasi dan RTM atas kerjasama merealisasikan siaran langsung perlumbaan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.