Pembantu perubatan lemas di kawasan air terjun

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun

DUNGUN, 2 Oktober – Seorang pembantu perubatan ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama tujuh rakan di kawasan air terjun Chemerong, Hulu Dungun, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Nik Ab Halim Nik Mat mengesahkan menerima laporan kejadian.
  • Mangsa disahkan sebagai Mohd Ikmal Awid, 25 tahun, bertugas di Hospital Kemaman.
  • Pasukan Balai Bomba Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah jalankan operasi SAR; mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun,Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Identiti mangsa disahkan sebagai Mohd Ikmal Awid, 25 tahun yang bertugas di Hospital Kemaman.

“Mangsa dipercayai ke lokasi berkenaan untuk berkelah bersama rakan-rakan dan dipercayai telah dihanyutkan arus dalam insiden kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah telah ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.