China jamin lindungi kepentingan PKS Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Pejabat Perdana Menteri Malaysia

HANGZHOU, 24 September – China memberi jaminan akan mencari kaedah terbaik bagi memastikan urusan perniagaan dan pelaburan tidak menjejaskan kepentingan peniaga kecil, mikro dan sederhana (PKS) di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar mengemukakan kebimbangan kepentingan PKS secara langsung kepada Premier Li Qiang dalam pertemuan dua hala
  • Kebimbangan mengenai penguasaan pihak luar dan impak kepada peniaga kecil dibangkitkan kepada syarikat berkaitan termasuk Alibaba
  • Tindakan susulan akan diambil selepas mesyuarat Jemaah Menteri dan isu PKS turut dibincangkan bersama kerjasama perdagangan, pelaburan serta teknologi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibangkitkan secara terus dalam pertemuan dua hala bersama Premier Li Qiang di sini, hari ini.

Menurut beliau, kebimbangan berhubung penguasaan pihak luar yang berpotensi menjejaskan kepentingan peniaga kecil dan perusahaan tempatan turut dikemukakan kepada syarikat-syarikat berkaitan termasuk Alibaba.

“Perkara ini telah dikemukakan secara terus dan kita telah mendapat jaminan daripada syarikat-syarikat berkaitan, termasuk Alibaba, serta Premier Li Qiang sendiri.

“Beliau memberi jaminan bahawa kaedah terbaik akan dicari agar sebarang urusan perniagaan tidak menjejaskan kepentingan peniaga kecil, sederhana dan mikro di Malaysia,” katanya pada sidang media sebelum mengakhiri lawatan kerja ke China.

Datuk Seri Anwar berkata langkah susulan berhubung perkara itu akan diambil selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini.

Isu kepentingan PKS merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dua hala Malaysia-China, selain kerjasama perdagangan, pelaburan, teknologi baharu dan kecerdasan buatan (AI).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.