Jerebu: Sekolah di 3 daerah di Sarawak ditutup hingga esok

Foto Fail BERNAMA

KUCHING, 24 September – Semua sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Serian, Lundu dan Kanowit akan ditutup sementara hingga esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan Indeks Pencemar Udara di tiga daerah kekal pada tahap sangat tidak sihat.
  • Pengarah Pendidikan Sarawak Omar Mahli menyatakan penutupan melibatkan 180 buah sekolah.
  • Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang penutupan.
  • Kebimbangan timbul terhadap pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.

Keputusan tersebut dibuat berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di tiga daerah berkenaan konsisten pada tahap sangat tidak sihat.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, penutupan sementara itu melibatkan 180 buah sekolah.

Sehubungan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang penutupan sekolah.

“Kita berharap keadaan ini dapat berakhir dengan segera kerana kita bimbang tidak lama lagi pelajar khususnya yang berada di Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika dihubungi RTM, petang ini.

Semua sekolah di daerah Kanowit mula ditutup sejak Isnin lalu, manakala sekolah di daerah Serian dan Lundu ditutup mulai hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.