
KUALA LUMPUR, 24 September – Pengunjung Litar Antarabangsa Sepang (SIC) boleh menggunakan perkhidmatan bas perantara khas secara percuma sempena perlumbaan antarabangsa Formula 1 di litar berkenaan dari 2 hingga 4 Oktober ini.
- Sebanyak 95 bas disediakan secara ulang-alik untuk memudahkan pergerakan pengunjung ke kawasan acara.
- Perkhidmatan beroperasi dari 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari semasa acara.
- Perhentian di Hab Bas Aras 1 KLIA Terminal 2, Hab Bas Mitsui KLIA dan De-Village, Persiaran Millenia 2, Bandar Baru Enstek.
- Semua bas diperiksa dan dipantau; petugas Rapid KL ditempatkan membantu. Pengunjung dinasihatkan merancang perjalanan, beratur dan mematuhi arahan petugas.
Rapid KL menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak 95 bas akan disediakan secara ulang-alik bagi memudahkan pergerakan pengunjung dari lokasi tumpuan ke kawasan acara.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Syahrul Azmir Ahmad Zaki, berkata penyediaan perkhidmatan itu bertujuan memudahkan pergerakan pengunjung selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
“Penganjuran acara perlumbaan berprestij antarabangsa di Sepang International Circuit ini merupakan detik yang amat dinantikan oleh para peminat sukan permotoran tanah air,” katanya.
Perkhidmatan itu disediakan dari tiga lokasi iaitu Hab Bas Aras 1, KLIA Terminal 2; Hab Bas, Mitsui KLIA; serta De-Village, Persiaran Millenia 2, Bandar Baru Enstek.
Perkhidmatan akan beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada 2, 3 dan 4 Oktober.
Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas perantara dalam kawasan litar bagi memudahkan pengunjung bergerak ke lokasi utama.
“Pengunjung dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas dan beratur ketika menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan,” katanya.
Semua bas akan menjalani pemeriksaan keselamatan dan dipantau sepanjang tempoh operasi.
Manakala petugas Rapid KL ditempatkan di lokasi strategik sekitar kawasan acara bagi membantu serta mengawal pergerakan penumpang.