Rombakan pentadbiran FAM masih terlalu awal – Ab Ghani

Foto RTM

KELANA JAYA, 22 September – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan belum membuat keputusan berhubung kemungkinan rombakan atau perubahan dalam struktur pentadbiran dan kakitangan badan induk bola sepak negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fokus awal meneliti pentadbiran dalaman FAM dan mengumpul maklumat mengenai status kakitangan.
  • Mengambil kira komen awal AFC untuk memperbetulkan aspek pentadbiran yang disarankan.
  • Memanggil ketua unit bagi mendapatkan gambaran terperinci tentang keadaan dan status staf.
  • Sebarang tindakan seperti penggabungan, rombakan atau pemberhentian akan diputuskan berdasarkan keperluan dan kepentingan FAM.

Beliau berkata, perkara berkenaan masih terlalu awal untuk diputuskan kerana beliau baru sahaja menjalankan tugas secara rasmi di pejabat FAM pada Isnin.

Datuk Ab Ghani berkata langkah awalnya adalah meneliti keadaan dalaman FAM termasuk mendapatkan maklumat daripada beberapa ketua unit mengenai status kakitangan.

“Fokus utama saya adalah untuk melihat dalam pentadbiran FAM itu sendiri. Daripada segi pentadbiran, saya turut mengambil kira komen awal AFC baru-baru ini untuk kita sama-sama memperbetulkan apa yang telah disarankan,” katanya.

Katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan FAM 100 Tahun di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, malam ini.

Beliau berkata beberapa ketua unit FAM telah dipanggil bagi mendapatkan gambaran mengenai keadaan serta status kakitangan.

Ditanya sama ada langkah itu akan membawa kepada penggabungan unit, rombakan atau pemberhentian kakitangan, Datuk Ab Ghani berkata keputusan belum dibuat.

Beliau berkata sebarang tindakan akan dibuat berdasarkan keperluan serta kepentingan FAM dalam menguruskan bola sepak negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.