3 maut dalam kemalangan libatkan 12 motosikal, 3 kereta

Foto PDRM Ipoh

IPOH, 19 September – Tiga lelaki maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan berlaku kira-kira 3.35 pagi ketika semua kenderaan dipercayai bergerak dari arah Meru ke Tambun.
  • Dua penunggang motosikal, berusia 19 dan 20 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Seorang lelaki berusia 19 tahun meninggal dunia di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun.
  • Sembilan penunggang motosikal berusia 19 hingga 25 tahun cedera dan menerima rawatan; pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Muhammad Najib Hamzah dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan berlaku kira-kira 3.35 pagi ketika semua kenderaan dipercayai bergerak dari arah Meru menghala ke Tambun.

“Dua penunggang motosikal berusia 19 dan 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, turut meninggal dunia di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma,” menurut kenyataan itu.

Sembilan lagi penunggang motosikal berusia antara 19 hingga 25 tahun cedera dan menerima rawatan di hospital sama.

Bagaimanapun ketiga-tiga pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan urutan sebenar kejadian serta meminta saksi yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.