Wanita rugi lebih RM41,000 terpedaya tawaran kerja dalam talian

Foto RTM

TANJUNG MALIM, 17 September -Seorang wanita berusia 36 tahun kerugian lebih RM41,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tawaran kerja diterima melalui WhatsApp untuk tugasan penilaian barangan di platform Shopee.
  • Mangsa diarahkan membuat beberapa pemindahan wang dan melaksanakan enam transaksi, menyebabkan kerugian.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 420, polis menasihatkan orang ramai berwaspada dan semak sebelum membuat transaksi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, mangsa menerima tawaran kerja menerusi WhatsApp pada 13 September lalu untuk melakukan tugasan penilaian barangan di platform Shopee.

Mangsa kemudian diarahkan membuat beberapa pemindahan wang dan melakukan enam transaksi berjumlah lebih RM 41,000

Mangsa mula mengesyaki ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan sebanyak lebih RM32,000, namun tidak meneruskan transaksi berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap tawaran kerja dan pelaburan dalam talian serta membuat semakan sebelum melakukan sebarang transaksi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.