PASTI Gajah Mati terbakar, murid dan guru selamat

Foto JBPM

PENDANG, 17 September – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) An-Nur di Gajah Mati, Sungai Tiang di Kampung Charok Kudong, di sini, hampir musnah dalam kebakaran pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 70% struktur dua tingkat terbakar, ukuran bangunan sekitar 80 x 30 kaki.
  • Dua motosikal musnah hampir 90 peratus.
  • Tiada mangsa dilaporkan terlibat.
  • Operasi pemadaman oleh BBP dan PBS dengan empat aliran hos, kebakaran dikawal pada pukul 10.27 pagi; punca masih disiasat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan, kira-kira 70 peratus struktur bangunan dua tingkat berkeluasan kira-kira 80 x 30 kaki itu terbakar.

Turut musnah, dua buah motosikal dengan anggaran kemusnahan 90 peratus.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang serta BBP Jalan Raja ke lokasi.

Operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) menggunakan empat aliran hos.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.27 pagi.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.