Lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan bot

Foto JBPM Perak

BOTA, 11 September – Seorang lelaki berusia 38 tahun dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Perak bagi mendapatkan semula botnya yang hanyut di Batu 18, Kampung Kuchai, Bota Kiri, Bota, petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anak saudara mangsa cuba menghulurkan bantuan, namun gagal menyelamatkannya.
  • Mangsa dilaporkan terjun selepas botnya hanyut dari sangkar ikan miliknya.
  • Operasi pencarian di permukaan bersama orang awam dijalankan, mangsa masih belum ditemukan.
  • Pencarian diteruskan pagi ini dengan bantuan PPDA Teluk Intan dan Pulau Pangkor; Pasukan Khas K9 turut dijadualkan membantu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anak saudara mangsa cuba menghulurkan bantuan, namun tidak berjaya menyelamatkannya.

“Dalam kejadian itu mangsa dilaporkan terjun ke sungai selepas botnya hanyut dari sangkar ikan miliknya.

“Operasi pencarian di permukaan sungai bersama orang awam dilakukan, namun mangsa masih belum ditemukan.

“Operasi pencarian diteruskan pagi ini dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan serta Pulau Pangkor,” katanya menerusi kenyataan.

Pasukan Khas K9 turut dijadualkan membantu operasi pencarian mangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.