Jumlah kawasan IPU tidak sihat berkurangan, IPU tertinggi direkodkan Samarahan setakat 8 pagi

Pemandangan sekitar Putrajaya kelihatan jelas tanpa jerebu semalam petang./ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 September – Jumlah kawasan yang berada pada tahap tidak sihat berkurangan berbanding petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Data APIMS setakat 8 pagi: lapan kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, Samarahan tertinggi (179).
  • Lima kawasan Sarawak lain merekodkan bacaan tidak sihat melebihi 140: Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri.
  • ILP Miri mencatat 117 dan Batu Muda, Kuala Lumpur mencatat 127.
  • Orang ramai terutama golongan berisiko dinasihatkan berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar jika kualiti udara semakin buruk.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), setakat 8 pagi ini, sebanyak lapan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Samarahan, Sarawak mencatat bacaan tertinggi iaitu 179.

lima kawasan lain di Sarawak turut merekodkan bacaan tidak sihat melebihi 140, iaitu Sri Aman dengan bacaan 171, Sarikei (164), Sibu (157), Bintulu (152) dan Miri (147).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah ILP Miri dengan bacaan 117, manakala Batu Muda, Kuala Lumpur mencatat bacaan 127.

Orang ramai khususnya golongan berisiko dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan kualiti udara bertambah buruk.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.