
GEORGE TOWN, 10 September – Beberapa cadangan termasuk penyediaan insentif galakan penggunaan teknologi dalam kalangan peniaga kecil dikemukakan Kementerian Digital dalam Belanjawan 2027.
- Cadangan insentif untuk mengurangkan kos peralatan dan aplikasi digital.
- Teknologi mesti dipastikan digunakan, bukan sekadar wujud, supaya memberi kesan sebenar.
- Kerajaan disarankan memberi insentif untuk menurunkan harga alat dan perkhidmatan berkaitan.
- Belanjawan 2027 dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 9 Oktober.
Ini termasuk menerusi insentif yang boleh membantu mengurangkan kos peralatan serta aplikasi digital yang diperlukan.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata cadangan tersebut penting bagi memastikan usaha pendigitalan memberi kesan sebenar kepada golongan tersebut.
“Kita kena pastikan bahawa teknologi itu bukan sahaja wujud tetapi bagaimana kita dapat galakkan semua untuk menggunakan teknologi supaya kita dapat merasa kesannya. Jadi kerajaan kena lihat kepada mungkin memberi insentif supaya mengurangkan harga ‘tools’ yang digunakan dan perkara yang berkaitan,” katanya.
Gobind berkata demikian selepas merasmikan pameran “Scars of War – An International Photography and Art Exhibition” di Galeri Seni Lin Xiang Xiong di sini.
Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober nanti.