Sisa bangkai helikopter dibawa ke Miri

Lokasi nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram

MIRI, 11 September – Proses pengalihan sisa bangkai helikopter yang terhempas di Long Lellang, Ulu Baram, selesai pada pukul 11.55 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sisa bangkai helikopter dibawa keluar dari Long Lellang menggunakan empat kenderaan pacuan empat roda.
  • Perjalanan darat dianggarkan mengambil masa kira-kira 10 jam untuk sampai ke Miri.
  • Keputusan ujian DNA masih ditunggu bagi mengesahkan identiti mangsa sebelum penyerahan jenazah kepada waris.

Sisa bangkai helikopter berkenaan kemudiannya dibawa keluar dari Long Lellang menggunakan empat kenderaan pacuan empat roda, yang bergerak pada pukul 2.17 petang tadi.

Perjalanan darat itu dijangka mengambil masa kira-kira 10 jam untuk tiba di Miri.

Bagaimanapun, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) masih ditunggu bagi melengkapkan proses pengesahan identiti mangsa.

Keputusan berkenaan penting sebelum urusan pengurusan serta penyerahan dan penghantaran jenazah kepada waris dapat dilaksanakan.

Perkembangan itu dimaklumkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohammad Zainal Abdullah, ketika dihubungi RTM.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.