Dua lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Gambang-Maran

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta./ JBPM

KUANTAN, 11 September – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Gambang-Maran, berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan, di sini, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu Muhammad Daniel Haiqal Abdullah, 17, dan penumpang Mohd Sharul Sufriyanto, 40, tersepit dalam kereta.
  • Enam anggota BBP Taman Tas dikejarkan oleh JBPM Pahang bagi menjalankan operasi menyelamat.
  • Kedua-dua mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh KKM; mayat diserahkan kepada polis, pemandu pacuan empat roda dirawat di hospital.

Dalam kejadian kira-kira 12.59 tengah hari itu, pemandu kereta, Muhammad Daniel Haiqal Abdullah, 17, dan penumpangnya, Mohd Sharul Sufriyanto, 40, tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 12.59 tengah hari.

Susulan itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital oleh orang awam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.