
BOTA, 11 September – Seorang lelaki yang terjun ke Sungai Perak bagi mendapatkan semula botnya yang hanyut semalam ditemukan lemas di Batu 18, Kampung Kuchai, di sini hari ini.
- Mayat mangsa ditemukan terapung sekitar pukul 2 petang oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
- Mayat dibawa ke darat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
- Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 30 anggota bomba termasuk PPDA dan Unit K9.
- Operasi turut membabitkan BBP Seri Iskandar dan BBP Kampung Gajah serta menggunakan tiga bot termasuk bot Unit K9.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira pukul 2 petang oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
“Mangsa ditemukan kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dipercayai terjun ke sungai.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa melibatkan 30 anggota bomba, termasuk PPDA dan Unit K9.
Operasi turut membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dan BBP Kampung Gajah dengan menggunakan tiga bot, termasuk sebuah bot Unit K9.