RUU pendanaan politik: BHEUU diarah dapat pendirian rasmi parti politik

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 8 September – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) diarah mendapatkan maklum balas rasmi secara bertulis daripada 72 parti politik di Malaysia berkaitan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Minta maklum balas bertulis bertandatangan Setiausaha Agung atau Presiden untuk kenal pasti parti yang setuju, tidak setuju atau cadangan penambahbaikan.
  • Perhalusi perlindungan penderma politik bagi mengelakkan kebimbangan, risiko atau tindakan penguatkuasaan yang menghalang sumbangan sah.
  • Tanpa rangka perundangan jelas, pendanaan politik membuka ruang konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengaruh tidak wajar.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, langkah ini penting bagi membolehkan kerajaan mengetahui parti yang menyokong atau tidak termasuk sebab serta cadangan penambahbaikan RUU tersebut.

“Penting untuk minta jawapan secara bertulis yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung atau Presiden parti. Saya juga nak tahu parti mana yang setuju atau tidak setuju, atau mungkin ada cadangan lain,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Konvensyen Pendanaan Politik 2026, hari ini.

Antara perkara yang perlu diperhalusi ialah aspek perlindungan kepada penderma politik bagi memastikan sumbangan kepada parti tidak menimbulkan kebimbangan atau risiko kepada pihak yang menyalurkannya.

Tegasnya tanpa kerangka perundangan yang jelas, pendanaan politik boleh membuka ruang kepada konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa, rasuah politik dan pengaruh tidak wajar dalam proses membuat keputusan.

“BHEUU perlu juga pertimbangkan isu perlindungan kepada penderma. Kalau tidak, semua orang akan kena kejar (oleh SPRM). Jadi, macam mana orang nak bagi bantuan?,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.