Harimau Malaya belasah Singapura 6-0, misi ke pentas akhir terkubur

Foto Facebook Harimau Malaya

 

RINGKASAN BERITA AI
  • Bergson da Silva muncul wira dengan hatrik, gol pada minit ke-8, ke-62 dan masa kecederaan.
  • Indonesia menang besar 9-2 ke atas Bangladesh dan mara ke peringkat akhir menerusi kelebihan perbezaan jaringan walaupun berkongsi tujuh mata.
  • Malaysia gagal layak ke pentas akhir dan kini dijangka beraksi dalam penentuan tempat ketiga menentang Vietnam.

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Malaysia menutup kempen Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 dengan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung malam tadi.

Bergson da Silva muncul watak utama kemenangan Malaysia apabila meledak hatrik, masing-masing pada minit ke-8, ke-62 dan masa kecederaan.

Malaysia membuka jaringan seawal minit ke-8 menerusi sepakan penalti Bergson sebelum Stuart Wilkin menggandakan kelebihan pada minit ke-26 untuk skuad negara mendahului 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Harimau Malaya meneruskan penguasaan pada babak kedua apabila Bergson sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-62 untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Paulo Josue kemudian menambah gol keempat Malaysia pada minit ke-76 sebelum Syahir Bashah melebarkan jurang lapan minit kemudian (minit ke-87).

Bergson melengkapkan malam gemilangnya pada minit ke-90+5 untuk memastikan Malaysia menamatkan aksi terakhir kumpulan dengan kemenangan 6-0.

Indonesia turut mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas Bangladesh, sekali gus mengumpul tujuh mata, sama seperti Malaysia, namun Indonesia muncul juara kumpulan menerusi kelebihan perbezaan jaringan.

Keputusan itu menyaksikan Indonesia mara ke peringkat akhir, manakala Malaysia dijangka beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Vietnam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.