
TAIPEI, 23 Oktober – Sekurangnya-kurangnya seorang maut selepas dihanyutkan ombak besar yang dicetuskan Taufan Champi manakala, puluhan lagi dilaporkan cedera.
- Lebih 1,200 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing sebagai persediaan menghadapi ribut.
- Taufan Champi dijangka melintasi timur laut Taiwan sebelum bergerak menuju China dan Jepun.
- Ratusan penerbangan dibatalkan; kebanyakan kedai dan sekolah di seluruh pulau ditutup.
- Ribut dipengaruhi fenomena El Nino; sebelum ini mencapai tahap super taufan namun kini semakin lemah.
Lebih 1,200 penduduk dipindahkan daripada kediaman masing-masing sebagai persediaan menghadapi ribut kuat.
Taufan Champi dijangka melintasi kawasan timur laut Taiwan sebelum bergerak menuju China dan Jepun.
Bencana alam tersebut turut menyebabkan ratusan penerbangan di rantau berkenaan dibatalkan.
Kebanyakan kedai dan sekolah di seluruh pulau berkenaan ditutup.
Taufan Champi merupakan ribut terbaharu dalam musim ribut Pasifik yang aktif, dipengaruhi fenomena cuaca El Nino yang menyebabkan peningkatan suhu luar biasa di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik.
Ribut itu sebelum ini mencapai tahap super taufan dalam tempoh singkat ketika merentasi lautan.
Bagaimanapun, menurut Pusat Amaran Taifun Bersama, ribut tersebut semakin lemah dengan kelajuan angin maksimum berterusan mencecah 176 kilometer sejam.
Hujan lebat, angin kencang dan ombak besar diramalkan melanda pada Jumaat dan Sabtu.
Susulan ramalan itu, ribuan anggota tentera berada dalam keadaan siap siaga bagi membantu operasi menyelamat.-AFP