Dua rakyat Palestin maut diserang Zionis

Foto AFP

HEBRON, 23 Oktober – Dua rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Israel mengesahkan insiden tetapi tidak memberi butiran termasuk identiti mangsa.
  • Rakaman pasukan penyelamat menunjukkan mayat berpakaian biasa terbaring berhampiran stesen minyak.
  • Lokasi kejadian dan kawasan sekitarnya kini berada di bawah kawalan ketat tentera Israel.
  • Insiden berlaku ketika ketegangan Tebing Barat meningkat, termasuk serangan peneroka ekstremis semasa musim menuai zaitun, menjelang pilihan raya Israel.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu, namun tidak memperincikan maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan, termasuk identiti mangsa.

Rakaman video yang dikongsikan pasukan penyelamat menunjukkan satu mayat berpakaian biasa terbaring berhampiran sebuah stesen minyak.

Lokasi kejadian dan kawasan sekitarnya kini berada di bawah kawalan ketat tentera Israel.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan di Tebing Barat terus meningkat susulan beberapa perkembangan, antaranya serangan peneroka ekstremis Israel terhadap rakyat Palestin ketika musim menuai zaitun.

Ketegangan berkenaan turut memuncak hanya beberapa hari menjelang pilihan raya Israel. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.