Gempa bumi Tibet: Kerajaan China arah SAR secara menyeluruh

Pasukan penyelamat mempergiat SAR di salah sebuah rumah yang terkesan akibat gempa bumi di Tibet, China / Foto AFP

TIBET, 23 Oktober – Kerajaan China mengarahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan secara menyeluruh bagi mencari mangsa yang berkemungkinan masih terperangkap di bawah runtuhan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 yang melanda wilayah Tibet pada Khamis malam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman video menunjukkan pasukan penyelamat meneruskan operasi pada waktu malam menggunakan lampu suluh di lebih 300 rumah terjejas.
  • Rakaman CCTV memaparkan orang ramai bergegas keluar dari sebuah restoran; kira-kira 65 orang cedera.
  • Penduduk melaporkan rumah bergegar, barangan terjatuh dan keluarga melarikan diri tanpa berpakaian lengkap kerana ketakutan.
  • Rakaman tunjuk anggota kecemasan mengusung mangsa serta memeriksa bangunan runtuh; sekurang-kurangnya 16 maut dan 32 cedera.

Berdasarkan rakaman video menunjukkan pasukan penyelamat bertungkus lumus meneruskan SAR dalam keadaan gelap mengggunakan lampu suluh di sebahagian daripada lebih 300 rumah yang terkesan.

Selain itu, kamera litar tertutup (CCTV) turut memaparkan detik cemas apabila orang ramai bergegas keluar dari sebuah restoran ketika bencana, yang menyaksikan kira-kira-kira 65 orang cedera.

Seorang penduduk berkata keluarganya baru sahaja masuk tidur apabila rumah mereka mula bergegar menyebabkan barangan dalam rumah terjatuh.

Mereka kemudian bertindak melarikan diri ke luar tanpa sempat berpakaian lengkap.

“Kaki saya menggigil sepanjang menuruni tangga. Apabila sampai di bawah, saya terlalu ketakutan sehingga menangis,” katanya.

Seorang lagi penduduk memberitahu bahawa gegaran kuat itu menyebabkan rumahnya bergegar dan mengeluarkan bunyi berkeriut.

“Saya sedang tidur ketika gempa berlaku. Semua orang kini berlari keluar dan terlalu takut untuk masuk semula (rumah). Saya sedang memandu ke kawasan lapang untuk tidur di dalam kereta,” katanya.

Rakaman CCTV turut memaparkan anggota kecemasan mengusung seorang mangsa serta memeriksa bangunan yang mengalami kerosakan, termasuk struktur dengan bumbung yang runtuh.

Operasi menyelamat dan penilaian kerosakan diteruskan bagi mengenal pasti kesan keseluruhan gempa bumi berkenaan.

Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala 32 lagi cedera selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 melanda wilayah Tibet, China, pada Khamis malam.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.