Kem pelarian Palestin dibedil tentera Israel

Foto Viory

GAZA, 23 Oktober – Sebuah rumah di kem pelarian Palestin di Nuseirat, tengah Gaza diserang tentera Israel sehingga terbakar dan menyebabkan kerosakan besar pada kediaman berhampiran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sekurang-kurangnya seorang penduduk cedera akibat serangan semalam.
  • Rakaman menunjukkan api marak dan kepulan asap, mangsa cedera dibawa keluar dari bangunan.
  • Ambulans, pasukan bomba dan penduduk tempatan berusaha memadam kebakaran; tentera Israel belum memberi kenyataan.

Serangan berlaku semalam turut mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang penduduk cedera.

Rakaman dari lokasi menunjukkan api marak dan kepulan asap menjulang dari rumah berkenaan selepas serangan.

Ambulans, pasukan bomba serta penduduk tempatan dilihat berusaha memadam kebakaran.

Video sama turut menunjukkan seorang mangsa yang cedera dibawa keluar dari bangunan berkenaan.

Setakat laporan ini diterbitkan, tentera Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung serangan berkenaan.

Insiden itu berlaku meskipun gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa sejak Oktober 2025, namun wilayah berkenaan terus menyaksikan serangan oleh rejim Zionis. – Viory

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.