Liam Lawson sedia beri aksi terbaik

Liam Lawson ketika membuat kemunculan di KLIA

SEPANG, 1 Oktober – Kehangatan saingan perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 semakin terasa apabila pelumba dan peminat mula membanjiri litar bagi bersedia menghadapi pusingan perlumbaan hujung minggu ini.
​
Pelumba Pasukan Racing Bulls, Liam Lawson ketika membuat kemunculan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 di booth Malaysia Tourism meluahkan rasa teruja dan gembira dengan kehadiran ramai peminat yang memberi sokongan padu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lawson teruja dengan sokongan peminat selepas kemunculan di KLIA, menghargai kehadiran mereka.
  • Fokus utamanya memberi persembahan terbaik untuk membantu pasukan dan kutip mata penting.
  • Cuaca hujan dijangka cabaran, namun beliau tetap teruja dan bersedia beraksi hebat demi peminat.

Mengulas mengenai persediaan dan cabaran, beliau menyatakan fokus utama adalah untuk memberikan persembahan terbaik bagi membantu pasukan serta mengutip mata penting.

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Saya sangat gembira dan teruja untuk berlumba di sini pada hujung minggu ini. Saya akan cuba sehabis baik untuk memastikan hujung minggu yang baik buat semua. Pasukan kami sememangnya amat bersaing sengit dengan Alpine.

“Kami sedang berusaha untuk menewaskan mereka dalam kejuaraan pengeluar. Bagi diri saya pula, sudah tentu saya mahu memberikan aksi terbaik sepanjang baki musim ini.

“Saya berharap dapat melepasi hujung minggu ini dengan keputusan yang baik. Saya sangat menghargai sokongan anda semua. Terima kasih,” beliau berkata demikian dalam satu dalam majlis bertermu peminat di sini.

Tambah beliau, faktor cuaca yang dijangkakan hujan turut menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi.

Meskipun berdepan risiko dan cabaran di litar basah, beliau tetap teruja dengan peluang tersebut serta bersedia memberikan aksi terbaik demi para peminat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.