
MEXICO, 2 Oktober – Dua remaja bersenjatakan pisau dan bunga api membunuh seorang penolong kanan wanita serta mencederakan tiga lagi individu dalam serangan di sebuah sekolah di utara Mexico pada Khamis.
- Serangan berlaku di Torreon, negeri Coahuila berhampiran sempadan Amerika Syarikat.
- Kedua-dua suspek berumur 18 tahun dan merupakan bekas pelajar sekolah itu.
- Pendakwa raya berkata suspek memasuki sekolah, menyerang kakitangan dahulu kemudian mensasarkan pelajar; motif awal dendam peribadi.
- Satu hantaran sebelum kejadian memaparkan suspek dengan senapang dan mesej dikaitkan dengan gerakan incel.
Serangan berlaku di sebuah sekolah di Torreon, negeri Coahuila yang bersempadan dengan Amerika Syarikat.
Kedua dua suspek berusia 18 tahun dan merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan.
Pendakwa raya negeri, Federico Fernandez berkata, suspek memasuki kawasan sekolah sebelum menyerang kakitangan terlebih dahulu dan kemudian menyasarkan pelajar.
Menurutnya, motif awal yang dikenal pasti adalah dendam peribadi terhadap pihak sekolah.
Sekurang kurangnya seorang daripada tiga mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Fernandez bagaimanapun tidak mendedahkan usia mangsa yang cedera.
Walaupun beberapa kawasan di Mexico berdepan ancaman keganasan kartel dadah, kejadian tembakan atau serangan menggunakan senjata tajam di sekolah jarang berlaku.
Serangan maut terbaharu di sekolah Mexico berlaku pada Mac lalu apabila dua guru di sebuah sekolah swasta di negeri Michoacan, barat Mexico ditembak mati, dipercayai dilakukan seorang pelajar berusia 15 tahun.
Satu hantaran media sosial sebelum kejadian menunjukkan suspek bergambar dengan senapang serta memaparkan mesej yang dikaitkan dengan gerakan “incel”, iaitu subkultur dalam talian yang mempromosikan kebencian terhadap wanita. -AFP