Perak pergiat persediaan kempen TMM 2027

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee menjawab soalan dalam persidangan Dewan Negeri Perak ke-15 di Ipoh/Foto RTM

IPOH, 8 September – Perak mempergiat pelbagai persediaan bagi kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2027 dengan menaik taraf produk pelancongan sedia ada, selain memperkenal tarikan baharu untuk meningkatkan kemasukan pelancong ke negeri ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mempergiat pemasaran produk pelancongan tempatan selaras slogan "Malaysia Truly Asia" untuk perluas pasaran domestik dan antarabangsa.
  • Membangun dan mengetengahkan warisan budaya yang berpotensi tanpa mengira bangsa atau kaum.
  • Memperkukuh kesalinghubungan dan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan, industri dan pelaburan.

Exco Pelancongan, Indurstri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, Perak kini memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf dan memperluas tarikan yang terbukti mendapat sambutan.

“Kerajaan negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan memang giat memasarkan produk-produk tempatan yang berpotensi selaras dengan slogan ‘Malaysia Truly Asia‘, bagi memperluas pasaran di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Mana-mana warisan budaya yang kita lihat mempunyai potensi, akan kita bangunkan dan ketengahkan tanpa mengira bangsa atau kaum,” katanya dalam persidangan Dewan Negeri Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Sze Yee juga memaklumkan, kerajaan negeri mengakui aspek kesalinghubungan dan infrastruktur perlu diperkukuh bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan, selain industri dan pelaburan.

Tahun lalu, Perak merekodkan 944,578 pelancong antarabangsa, selain 10.4 juta pelancong domestik yang bermalam di negeri ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.