
PANAMA CITY, 4 Sept – Terusan Panama mula mengurangkan jumlah kapal yang dibenarkan melaluinya berikutan paras air rendah di dua tasik buatan yang membekalkan air kepada terusan itu.
- Kemarau susulan fenomena El Nino menjejaskan operasi Terusan Panama.
- Pihak Berkuasa mengurangkan kapal dari 36 kepada 32 sehari menjelang pertengahan September.
- Panama isytihar darurat; kemarau tahun ini dijangka paling teruk dalam empat dekad.
- Terusan mengendalikan kira-kira 5% perdagangan maritim global dan 40% trafik kontena Amerika Syarikat.
Keadaan itu berlaku akibat kemarau susulan fenomena El Nino.
Menurut Pihak Berkuasa Terusan Panama, jumlah kapal yang dibenarkan melalui laluan yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik akan dikurangkan secara berperingkat daripada 36 kepada 32 kapal sehari menjelang pertengahan September.
Panama telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara susulan El Nino, dengan kemarau berkenaan tahun ini dijangka menjadi paling teruk, sejak rekod seumpamanya mula direkodkan empat dekad lalu.
Amerika Tengah kini berdepan kemarau teruk sehingga Honduras dan El Salvador turut mengisytiharkan darurat.
Terusan Panama mengendalikan kira-kira lima peratus perdagangan maritim global dan sekitar 40 peratus trafik kontena Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa terusan itu sebelum ini turut melaksanakan langkah penjimatan air, termasuk mengurangkan draf maksimum bagi kapal terbesar.
Pada 2023, fenomena El Nino memaksa Terusan Panama mengurangkan jumlah kapal yang melaluinya kepada hanya 22 kapal sehari. – AFP