Lemas Pantai Tanjung Lompat : Mangsa ketiga ditemukan

Mayat mangsa ketiga insiden lemas di Pantai Tanjung Lompat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat – Foto RTM

KOTA TINGGI, 4 September – Mayat mangsa ketiga dalam insiden lemas di Pantai Tanjung Lompat, Desaru, di sini Rabu lepas ditemukan pada 11.15 pagi Jumaat di kedudukan lima
kilometer dari lokasi kejadian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengesahan penemuan mangsa Adib Hafiy Kamal, 16, oleh pasukan penyelamat dan orang awam.
  • Mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.
  • Operasi mencari mangsa terakhir Mohamad Haiman Fitri Supian, 16, masih diteruskan.
  • Operasi pencarian melibatkan 61 orang dari pelbagai agensi, perairan dilaporkan berangin hingga 30 km/j dan ombak setinggi 1.5 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan, mangsa, Adib Hafiy Kamal, 16, ditemukan pasukan penyelamat serta orang awam.

Mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat, manakala operasi untuk mencari mangsa hilang terakhir, Mohamad Haiman Fitri Supian, 16, masih diteruskan.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam memaklumkan, operasi pencarian hari ini melibatkan 61 orang daripada pelbagai agensi.

Perairan itu ketika ini mengalami tiupan angin berkelajuan sehingga 30 kilometer sejam, dengan ketinggian ombak sehingga 1.5 meter.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, dua mangsa yang hilang iaitu Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, 16, ditemukan lemas pada 1.25 tengah hari, hari yang sama, manakala Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, pula ditemukan pada 1.53 tengah hari Khamis.

Manakala dua lagi rakan mereka, Mohamad Faqrul Isqandar Abdullah dan Muhammad Afiq Ruzaini Mazlan, masing-masing berusia 16 tahun, berjaya diselamatkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.