IPU Serian cecah 343, tahap berbahaya

Keadaan salah sebuah kawasan di Sarawak diseliputi jerebu dua hari lalu./ Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian, Sarawak mencecah 343 setakat 8.00 pagi ini, sekali gus berada pada tahap berbahaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat kawasan di Sarawak rekod bacaan sangat tidak sihat: Sri Aman 298, Kuching 276, Samarahan 257, Sarikei 227.
  • 15 kawasan merekodkan IPU pada tahap tidak sihat termasuk Sibu yang tertinggi 191 dan beberapa lagi di Sarawak.
  • Di Sabah dan Labuan beberapa lokasi catat tahap tidak sihat termasuk Politeknik Kota Kinabalu 166 dan Labuan 162.
  • 45 stesen pada tahap sederhana, tiada stesen baik; IPU ditafsir 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, >300 berbahaya.

Berdasarkan carta Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), empat kawasan di Sarawak pula merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat.

Sri Aman mencatat bacaan tertinggi pada tahap itu iaitu 298, diikuti Kuching (276), Samarahan (257) dan Sarikei (227).

Sementara itu, sebanyak 15 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Di Sarawak, Sibu mencatat bacaan tertinggi iaitu 191, diikuti Bintulu dan Kapit masing-masing 176, Mukah (172), Samalaju (167), Limbang (155), ILP Miri (153) dan Miri (134).

Di Sabah pula, Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan 166, manakala Kimanis dan Keningau masing-masing 165, Kota Kinabalu (164) dan Tawau (153).

Labuan turut merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu 162, manakala Johan Setia, Selangor mencatat 112.

Sementara itu, sebanyak 45 stesen merekodkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.