SAR enam individu hilang di Gerik diperluas dengan kamera perangkap

Foto RTM

GERIK, 7 September – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian melalui laluan Trans GBB di Gerik, Perak, diperluas dengan penggunaan kamera perangkap mulai esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi SAR melibatkan 59 anggota dari agensi pelbagai termasuk 25 JBPM, 10 Perhutanan dan kumpulan Malim Gunung serta komuniti Orang Asli.
  • Pasukan SAR (JBPM, PDRM, MGP, Jabatan Perhutanan) memasuki laluan dari Kampung Lelar, Pos Kemar ke lokasi terakhir mangsa dikesan.
  • Pesawat JBPM Mi-17 dijangka melakukan tinjauan udara sekitar Gunung Sepat dan Gunung Belatoh, tiba di Pos Kemar sekitar jam 3 petang.

Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, Jabatan Perhilitan Perak akan mendapatkan khidmat Team Pelindung bagi mengambil rakaman kamera perangkap yang berada di jalur pendakian.

Katanya, operasi SAR hari ini melibatkan 59 anggota pelbagai agensi, terdiri daripada 25 anggota JBPM, 10 anggota Jabatan Perhutanan Perak, lapan Malim Gunung Perhutanan (MGP) Kelantan, enam MGP Perak dan 10 MGP daripada komuniti Orang Asli Pos Kemar.

“Pasukan SAR terdiri daripada JBPM, PDRM, MGP dan Jabatan Perhutanan akan memasuki jalur pendakian bermula dari Kampung Lelar, Pos Kemar menuju ke lokasi terakhir mangsa dikesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pesawat JBPM Mi-17 dari Pengkalan Udara Subang dijangka menjalankan tinjauan udara mulai jam 2 petang di sekitar Gunung Sepat dan Gunung Belatoh, sebelum tiba di Pos Kemar sekitar jam 3 petang.

PDRM turut menyertai operasi bagi membantu aspek keselamatan pasukan SAR, selain memohon bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan peralatan komunikasi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.