Mangsa ‘scam’ jangan malu lapor segera kepada pihak berkuasa

Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil./ RTM

BANDARAYA MELAKA, 7 September – Mangsa penipuan dalam talian dinasihatkan supaya tidak malu untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana tindakan pantas boleh meningkatkan peluang mendapatkan semula wang yang ditipu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa jangan malu; buat laporan segera kepada pihak berkuasa untuk meningkatkan peluang mendapatkan semula wang.
  • Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 yang beroperasi 24 jam.
  • Tindakan awal membolehkan polis dan institusi kewangan mengesan aliran wang serta menyekat transaksi atau akaun terbabit.
  • Koordinasi antara agensi meningkatkan peratusan wang dipulangkan, tindakan pantas mangsa penting untuk kejayaan usaha.

Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, mangsa perlu segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 yang beroperasi 24 jam.

Menurut beliau, tindakan awal membolehkan pihak polis bersama institusi kewangan mengesan aliran wang dan mengambil langkah menyekat transaksi atau akaun yang terlibat.

“Yang pentingnya kita membuat tindakan pantas. Walaupun pengaliran wang itu telah dibuat sampai lima, enam akaun atau beberapa bank, masih boleh kita jejak.

“Yang pentingnya tindakan itu, bila mana tindakan awal itu dibuat, pihak polis bersama semua institusi kewangan akan menjejak ke mana (wang itu),” katanya kepada pemberita RTM, selepas bersiaran bagi Slot Kokenut Shake Dulu, Advokasi Jenayah Kewangan di konti MELAKAfm, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha NFCC mengkoordinasi dan menyelaras tindakan membanteras jenayah penipuan dalam talian bersama beberapa agensi turut menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, kerjasama berkenaan berjaya meningkatkan peratusan wang yang berjaya dipulangkan semula kepada mangsa penipuan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan pantas mangsa amat penting bagi membolehkan usaha mengesan dan menyekat aliran wang dilakukan seawal mungkin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.