Kes bot bertembung : Pengendali bot direman hingga Sabtu ini

Orang ramai dinasihat tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih 

MERSING, 2 September – Seorang pengendali bot yang terbabit dalam kejadian dua bot penumpang bertembung di Kuala Sungai Mersing hingga mengorbankan dua nyawa Ahad lepas, direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi di bawah Seksyen 117 untuk tindakan lanjut.
  • Suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan narkotik, ujian saringan air kencing awal negatif.
  • Polis menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih dan beri ruang kepada siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad mengesahkan individu berusia 33 tahun itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, selepas ditahan semalam.

“Mahkamah membenarkan suspek direman empat hari hingga 5 September,”katanya menerusi kenyataan.

Semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik, namun ujian saringan awal air kencing adalah negatif daripada sebarang jenis dadah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Dalam kejadian berkenaan, dua individu maut manakala empat lagi cedera selepas dua bot bertembung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.