Pecah rumah : Peniaga kerugian RM500,000, suspek diburu

Kejadian berlaku ketika mangsa tiada di kediaman

SUNGAI PETANI, 2 September – Seorang peniaga kerugian kira-kira RM500,000 selepas kediamannya di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, dipecah masuk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis mengesahkan kejadian berlaku awal pagi ketika kediaman tidak berpenghuni.
  • Mangsa menyedari pecah masuk bila pulang tengah hari; pemeriksaan mendapati peti besi dan kenderaan hilang.
  • Kediaman tiada kamera litar tertutup; tiada tangkapan, usaha mengesan suspek dijalankan mengikut Seksyen 457.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan mengesahkan insiden berlaku awal pagi semalam itu ketika rumah berkenaan tidak berpenghuni.

“Mangsa menyedari kediamannya telah dipecah masuk ketika pulang ke rumah pada tengah hari dan pemeriksaan mendapati peti besi serta kenderaan di hadapan rumah, hilang.

“Kediaman mangsa tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

“Setakat ini juga tiada tangkapan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.