Real Madrid sambar pemain tengah Racing, Martinez

Foto AFP

MADRID, 31 Ogos – Real Madrid berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah Racing Santander, Sergio Martinez dengan bayaran mencecah €3 juta euro ($3.5 million).

RINGKASAN BERITA AI
  • Sergio Martinez, 19, menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan menentang Villarreal; dijangka beraksi bersama pasukan simpanan Real Madrid terlebih dahulu.
  • Racing mengesahkan Real Madrid akan membayar penuh klausa pelepasan kontrak menerusi pengumuman rasmi di akaun media sosial kelab.
  • Los Blancos membawa masuk beberapa pemain termasuk Yan Diomande selepas dua musim tanpa trofi, dan memulakan La Liga dengan tiga kemenangan.

“Real Madrid akan membuat bayaran penuh seperti yang termaktub dalam klausa pelepasan kontrak,” menurut Racing dalam akaun media sosial kelab berkenaan.

Pemain muda berusia 19 tahun itu turut menjaringkan gol ketika Racing menentang Villarreal dalam aksi pembukaan La Liga, namun beliau dijangka beraksi bersama pasukan simpanan Real Madrid terlebih dahulu.

Los Blancos turut membawa masuk beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas ini, termasuk pemain termahal mereka, Yan Diomande, selepas gagal memenangi sebarang trofi utama dalam tempoh dua musim.

Pasukan kendalian Jose Mourinho memulakan kempen La Liga musim baharu dengan cemerlang, apabila mengekalkan rekod bersih dengan kemenangan daripada tiga perlawanan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.