Budaya selesa jejaskan daya saing negara – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

CYBERJAYA, 26 Ogos – Budaya selesa tidak boleh diterapkan di semua peringkat bagi membolehkan negara dipacu dengan lebih berkesan, pantas dan dinamik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tegaskan sikap tidak berpuas hati dengan pencapaian sedia ada; jangan kompromi kelemahan sistem.
  • Menolak budaya selesa yang menyebabkan kerugian dan menghalang daya saing negara dalam era transformasi digital dan kecerdasan buatan.
  • Kritik perlakuan menganggap kerugian besar biasa; sikap sambil lewa tidak sepatutnya diterima.
  • Seru institusi dan syarikat untuk bertindak lebih berkesan, pantas dan dinamik demi menghadapi persaingan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sikap tidak mudah berpuas hati dengan tahap pencapaian sedia ada, serta enggan berkompromi dengan kelemahan sistem menjadi kunci utama dalam memastikan Malaysia berupaya mendepani persaingan global khususnya dalam era transformasi digital dan kecerdasan buatan.

“Kadang-kadang ada agensi atau syarikat yang mencatat kerugian RM10 bilion atau RM12 bilion, tetapi kita masih kata, ok. Tidak ada apa-apa. Biasa lah. Biasa apa? Itu tidak boleh.

“Budaya sebegini akhirnya akan menyebabkan kita bukan sahaja selesa, tetapi turut menanggung kerugian. Sebab itu, kita harus mempunyai tekad untuk menolak culture of contentment ini, iaitu budaya selesa dengan tahap pencapaian yang ada,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun ke-80 Telekom Malaysia (TM) di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), di sini.

Hadir sama ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengerusi TM, Datuk Zainal Abidin Putih.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.