
DUBAI, 24 Ogos – Sebuah kapal tangki terbakar selepas terkena “objek tidak dikenali” di perairan luar pantai Laut Merah, Arab Saudi pada Isnin.
- UKMTO mengesahkan kejadian berlaku 63 batu nautika di barat Yanbu, Arab Saudi.
- Vanguard Tech melaporkan kapal berkibaran bendera Arab Saudi terkena peluru berpandu dan terbakar.
- Kumpulan Houthi yang disokong Iran menyerang kapal milik kerajaan selepas mengisytiharkan sekatan maritim terhadap Riyadh.
Berita itu dilaporkan agensi maritim Britain, Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), ketika kumpulan Houthi di Yaman menyasarkan kapal-kapal Arab Saudi selepas mengisytiharkan sekatan maritim.
“Pegawai keselamatan syarikat melaporkan sebuah kapal tangki terkena objek tidak dikenali sehingga menyebabkan kebakaran di dek utama kapal.
“Semua anak kapal selamat dan telah dikenal pasti, manakala tiada kesan terhadap alam sekitar dilaporkan,” kata UKMTO sambil mengesahkan kejadian berlaku 63 batu nautika di barat bandar Yanbu, Arab Saudi yang terletak ratusan kilometer di utara Yaman.
Syarikat keselamatan maritim Britain, Vanguard Tech turut memaklumkan, sebuah kapal yang mengibatkan bendera Arab Saudi terkena peluru berpandu dan terbakar.
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman menyerang kapal-kapal milik kerajaan itu selepas mengisytiharkan sekatan maritim terhadap Riyadh, bulan lalu. -AFP