Anggota APM maut dipatuk ular ketika demonstrasi

Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital

TEMERLOH, 23 Ogos- Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninggal dunia awal pagi tadi selepas dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi di sebuah program di Temerloh semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota APM maut selepas dipatuk ular tedung selar ketika demonstrasi di Temerloh.
  • Mangsa dipatuk pada jari tangan kanan lalu keluar dewan untuk mencuci bahagian berkenaan.
  • Mangsa pitam kemudian dikejarkan ke hospital; jenazah dijangka dikebumikan di Kampung Bukit Kelulut pagi ini.

Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia kira-kira 1.50 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 10.50 pagi semalam, mangsa dipatuk pada jari tangan kanan sebelum keluar dari dewan untuk mencuci bahagian berkenaan.

Mangsa kemudian pitam di luar dewan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut, di sini, pagi ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.