Isu bekalan elektrik: Empat pos Orang Asli di Gua Musang dalam perhatian JAKOA

Foto Fail

GUA MUSANG, 20 Ogos – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu akan menangani isu bekalan elektrik di penempatan masyarakat Orang Asli pedalaman di daerah ini secara berperingkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat pos masih belum mendapat elektrik: Pos Hau, Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Balar.
  • Permohonan bekalan elektrik luar bandar akan dibuat kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk tindakan lanjut.
  • Penduduk berkemampuan membeli panel solar; beberapa unit hanya untuk kegunaan luar rumah, bukan tenaga utama rumah.
  • Ramai masih bergantung kepada generator yang kosnya tinggi; penduduk mohon bantuan segera daripada kerajaan.

Pengarahnya, Mohd. Faedzyal Mohamed berkata, pihaknya memberi perhatian terhadap keperluan bekalan elektrik lebih 5,000 penduduk di empat pos pedalaman yang masih belum menerima kemudahan berkenaan.

“Empat pos berkenaan ialah Pos Hau, Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Balar. Kita akan membuat permohonan bekalan elektrik luar bandar kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk tindakan seterusnya. Buat masa ini sumber elektrik penduduk bagi yang berkemampuan ialah membeli solar untuk rumah masing-masing,” katanya.

“Beberapa unit solar yang terdapat di kampung berkenaan hanya digunakan untuk kegunaan luar rumah manakala generator menjadi sumber utama tenaga di rumah penduduk,” tambah beliau.

Sementara itu, bagi penduduk Orang Asli, Aris Itamtambu, keluarganya masih bergantung kepada generator bagi mendapatkan bekalan elektrik untuk kegunaan di rumah.

“Kita sini solar ada 3 buah tetapi untuk kegunaan luar. Di rumah, tiada kerana kita guna genset. Genset ini melibat kos tinggilah…menggunakan bahan api. Kalau boleh, kami mohon kerajaan segera membantu,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.