Pocognoli dilantik sebagai pengendali baharu Scotland

Ketua jurulatih baharu Scotland, Sebastien Pocognoli / REUTERS

EDINBURGH, 17 Ogos – Persatuan Bola Sepak Scotland telah melantik Sebastien Pocognoli sebagai ketua jurulatih baharu pasukan berkenaan dengan kontrak selama dua tahun umum Persatuan berkenaan pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menggantikan Steve Clark yang meletak jawatan selepas prestasi buruk Scotland pada kempen pusingan akhir Piala Dunia.
  • Akan mengetuai skuad Scotland dalam kempen Liga Negara Eropah dengan misi membina semula pasukan dan meneruskan legasi kejayaan.
  • Bekas pemain EPL bersama West Brom dan Brighton, pengendali luar kedua selepas Berti Vogts mengendalikan pasukan 2000-2004.

Bekas Pengurus AS Monaco berusia 39 tahun itu menggantikan bekas pengendali terdahulu, Stave Clark yang meletakkan jawatan susulan prastasi buruk Scotland pada kempen pusingan akhir Piala Dunia baru-baru ini.

Pocognoli akan mengetuai Scotland pada kempen Liga Negara Eropah.

“Pertama sekali apabila saya mendengar minat Persatuan Bola Sepak Scotland untuk melantik sebagai pengendali baharu Scotland, ia bagaikan peluang kepada saya.

“Saya sangat teruja dengan peluang diberi. Para penyokong Scotland terkenal dengan keghairahan seperti dapat disaksikan ketika Piala Dunia 2026”, ujarnya.

“Saya juga berasakan perkara sama ketika mewakili Belgium ketika menentang Scotland pada 2013”, jelas Pocognoli dalam kenyataan.

“Bersama-sama barisan kejurulatihan, saya akan sedaya-upaya melakukan yang terbaik untuk membina semula pasukan ini, selain meneruskan legasi kejayaan yang dimulakan oleh pengendali pasukan terdahulu”, katanya.

Pocognoli yang sebelum ini mempunyai pengalaman bermain termasuk di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Bromwich Albion dan Brighton & Hove Albion merupakan pengendali luar kedua selepas pemgendali Jerman, Berti Vogts yang mengendali pasukan berkenaan pada tahun 2000 sehingga 2004. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.