
KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Atlet Kelantan, Dzul Darwisy Adam Khairulaswari meraih pingat emas acara lompat tinggi lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Dzul Darwisy Adam Khairul Aswari meraih emas acara lompat tinggi lelaki pada SUKMA Selangor 2026.
- Pelompat itu mencatat lompatan terbaik 2.09 meter untuk muncul juara.
- Mohamad Nawawi dari Kedah raih perak 2.07m manakala Muhammad Naufal Zulkifli bawa pulang gangsa 2.04m.
Dzul Darwisy melakukan lompatan setinggi 2.09 meter (m) untuk muncul juara.
Mohamad Nawawi Mohamad dari Kedah meraih perak selepas mencatat 2.07m, manakala rakan senegeri, Muhammad Naufal Zulkifli membawa pulang gangsa dengan catatan 2.04m.