Kai Le cipta rekod baharu SUKMA, raih emas rejam lembing

Chai Kai Le (Facebook: Olahraga Malaysia / Malaysia Athletics)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Atlet Johor, Chai Kai Le mencipta rekod baharu temasya selepas meraih pingat emas acara rejam lembing lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rejaman sejauh 64.44 meter memecahkan rekod temasya acara rejam lembing.
  • Tan Chun Wei meraih pingat perak dengan catatan 60.43m.
  • Mohd Noor Iman Norman memperoleh gangsa dengan jarak 59.04m.
  • Jurang antara emas dan perak ialah 4.01 meter.

Kai Le melakukan rejaman sejauh 64.44 meter (m) untuk memecahkan rekod temasya dalam acara berkenaan.

Pingat perak menjadi milik Tan Chun Wei dari Pulau Pinang dengan catatan 60.43m, manakala satu lagi wakil Johor, Mohd Noor Iman Norman meraih gangsa selepas merekodkan 59.04m.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.