
KUCHING, 16 Ogos – Seorang pekerja swasta kerugian lebih RM104,000 selepas diperdaya sindiket dalam talian yang menyamar sebagai rakannya menerusi aplikasi WhatsApp, Khamis lepas.
- Suspek menyamar sebagai rakan, menghantar mesej meminta pembayaran bagi tujuan pembelian barang.
- Mangsa membuat empat transaksi ke tiga akaun berbeza antara 13 hingga 15 Ogos.
- Mangsa menghubungi rakannya, dimaklumkan akaun WhatsApp rakannya dipercayai digodam.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan; sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa menerima mesej daripada seorang individu yang mengaku sebagai kawannya.
“Suspek meminta meminta mangsa membuat pembayaran kepadanya bagi tujuan pembelian barang.
“Mangsa yang mempercayai mesej tersebut telah membuat empat transaksi ke tiga akaun berbeza antara 13 hingga 15 Ogos lepas, katanya.
Bagaimanapun, mangsa berasa curiga, kemudian menghubungi rakannya sebelum dimaklumkan rakannya bahawa akaun WhatsApp miliknya dipercayai digodam dan dia tidak pernah meminta mangsa membuat sebarang transaksi pembayaran.
“Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis selepas menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan,” menurut kenyataan itu.
Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.