Tiada PRK Parlimen Subang – SPR

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Subang tidak akan diadakan susulan peletakan jawatan penyandangnya Wong Chen sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan SPR berpandukan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.
  • Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul memaklumkan tiada keperluan mengisi kekosongan Parlimen.
  • SPR menerima pemakluman mengenai status kekosongan selepas ia diisytiharkan bawah Perkara 51 Perlembagaan.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, perkara itu adalah berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka berkenaan.

“Tiada PRK bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.104 Subang akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, SPR menerima pemakluman daripada Tan Sri Dr Johari berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Subang selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.