
KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Bekas Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
RINGKASAN BERITA AI
- Presiden PVRTM Zohara Gany Mhd. Bathusha memaklumkan perkara itu kepada Berita RTM.
- Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan dosa-dosanya diampunkan.
- Berdoa semoga Allah menerima amalan baik Allahyarham serta mengampunkan segala dosa.
- Solat jenazah di Masjid Taman Putra Perdana sebelum pengebumian di Puchong pagi esok.
Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Veteran RTM (PVRTM), Zohara Gany Mhd. Bathusha ketika dihubungi Berita RTM.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar segala dosa beliau diampunkan dan amalannya diterima.
“Semoga Allah ampunkan segala dosa dan menerima amalan baik Allahyarham. Salam takziah kepada semua ahli keluarga.
“Kita sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham,” katanya.
Zohara memaklumkan solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Taman Putra Perdana sebelum Allahyarham dikebumikan di Puchong, pagi esok.